Asean Cup 2011 Melabuhkan Tirai

Tajammu' Awwal, 24 Oktober: Kejohanan bola sepak Piala Asean 2011 atau lebih dikenali sebagai Asean Cup 2011 telah melabuhkan tirainya malam tadi. Kejohanan yang bermula pada pukul 7.00 pagi, 23 Oktober 2011 dengan disertai 7 buah negara Asean dibawah naugan Solidariti Mahasiswa Islam Asia Tenggara telah melakar satu sejarah baru dalam persatuan mahasiswa negara Asean yang berada di Mesir. Kejohanan yang objektifnya merapatkan ukhuwwah antara mahasiswa Islam Asia Tenggara yang belajar di Mesir dapat diterap dalam diri setiap mahasiswa. Malaysia yang menghantar 2 pasukan gagal menjuarai kejohanan ini selepas Malaysia B gagal melayakkan diri ke peringkat separuh akhir. Manakala, Malaysia A hanya berjaya menduduki tempat ke-3 selepas membelasah Filipina 4-0. Majlis penyampaian hadiah kemenangan kepada pasukan Thailand yang menjadi johan selepas menewaskan pasukan Indonesia dengan kelebihan gol 1-0 disempurnakan oleh saudara Abdul Malik bin Abdul Karim selaku Ketua Seketeriat, Solidariti Mahasiswa Islam Asia Tenggara bagi sesi ini. Saudara Ibrahim bin Ani selaku Pengarah Asean Cup 2011 ketika ditemui memohon maaf diatas segala kekurangan ajk pelaksana dalam menjayakan kejohanan ini dan berharap agar ahli PMRAM dapat menjadikan gabungan mahasiswa ini sebagai tempat untuk menjalinkan ikatan silaturrahim sesama mahasiswa Islam Asia Tenggara.

filed under:

Padang Tajammu' Awwal Ketandusan Gol

Tajammu' Awwal, 23 Oktober: Padang Tajammu' Awwal pada waktu ini sedang menyaksikan perlawanan Asean Cup 2011 yang telah berlangsung sejak pagi tadi. Statistik yang dikeluarkan dari meja urus setia hanya menyaksikan 4 gol dapat dijaringkan dan kebanyakan perlawanan berakhir hanya seri tanpa jaringan.

filed under:

Perasmian Asean Cup 2011 Berlangsung Meriah

Tajammu' Awwal, 23 Oktober: Perasmian Asean Cup 2011 telah berlangsung sebentar tadi yang telah disempurnakan oleh Saudara Abdul Malik bin Abdul Karim selaku Aminul Am, Solidariti Mahasiswa Islam Asia Tenggara, dalam ucapannya beliau menegaskan pentingnya mahasiswa Islam menjalinkan ukhuwwah antara satu sama lain walaupun berlainan negara kerana ianya diajar oleh Islam. Sebelum itu, acara dimulakan dengan   mendengar kalam daripada saudara Ibrahim bin Ani, selaku Pengarah Asean Cup 2011. Turut hadir, Presiden PMRAM, saudara  Mohd Zuhaili bin Saiman dan semua Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Asia Tenggara yang menganggotai gabungan Solidariti Mahasiswa Islam Asia Tenggara. Acara memotong tali banner sebagai gimik perasmian telah berlangsung gilang gemilang. 

filed under:

Harimau Malaya A Sedang Beraksi Sekarang

Tajammu' Awwal, 23 Oktober: Harimau Malaya A pada waktu ini sedang beraksi dalam pertemuan dengan Kemboja. Kedua-dua pasukan sedang berusaha menembus benteng lawan masing-masing.

filed under:

Harimau Malaya A vs Indonesia Seri Tanpa Jaringan

Tajammu' Awwal, 23 Oktober: Pasukan Malaysia A telah seri tanpa jaringan ketika bertemu pasukan Indonesia dalam perlawanan yang diadakan sebentar tadi.

filed under:

Makluman Pengangkutan Ke Tajammu' Awwal


filed under:

Terima Kasih PMRAM Cawangan Tanta

Kata-kata semangat kepada skuad Malaysia agar beroleh kejayaan dalam Kejohanan Asean Cup 2011 daripada PMRAM Cawangan Tanta. Kami daripada Badan Kebudayaan, Kesenian dan Sukan PMRAM merakamkan penghargaan diatas design yang dihantar bagi memeriahkan lagi Asean Cup pada kali ini.

Asean Cup 2011: Piala Dipamerkan

ASEAN CUP : Semarakkan Gelombang Kuning

KAHERAH, 19 Okt - Bersempena dengan ASEAN CUP 2011 yang bakal berlangsung pada 23 Oktober, Ahad di padang bola Nadi Syabab, Tajammu' Awal, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) menyeru semua mahasiswa/wi untuk hadir beramai-ramai memberikan sokongan kepada 2 pasukan Harimau Malaya.

ASEAN CUP 2011 yang julung-julung kali diadakan ini, melibatkan 7 buah negara Asia Tenggara dalam merebut Piala Pusingan yang berprestij.

Justeru, mahasiswa/wi yang hadir bagi memberikan sokongan, digalakkan untuk menyemarakkan suasana dengan warna kuning sebagai tanda rasmi Harimau Malaya.

Warna kuning menjadi simbolik sokongan padu bagi meraih Piala Pusingan ASEAN CUP 2011.

"Dalam ASEAN CUP 2011 yang bakal berlangsung nanti, kita mengharapkan semua penyokong Harimau Malaya dapat menyemarakkan gelombang kuning sebagai tanda sokongan kepada 2 pasukan rasmi yang dihantar oleh PMRAM," kata Saudara Ibrahim Ani, Ketua Badan Kebudayaan, Kesenian Dan Sukan.
 
Sumber: pmram.org

filed under:

Iklan: Asean Cup 2011


filed under:

Iklan: Asean Cup 2011


filed under:

ASEAN CUP Bakal Berlangsung

KAHERAH, 14 Okt - Perlawanan bola sepak ASEAN CUP antara persatuan-persatuan induk bagi negara-negara Asia Tenggara akan berlangsung pada 23 Oktober ini.

Perlawanan yang dinamakan ASEAN CUP merupakan satu perlawanan bola sepak yang julung-julung kali diadakan dengan kerjasama semua negara-negara Asia Tenggara yang melibatkan Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura, Brunei, Kemboja dan Filipina.

Perlawanan bola sepak yang berprestij tersebut merupakan satu jalinan kerjasama bagi Tadhamun Asia Tenggara dalam menyatukan suara anak-anak Melayu Nusantara.

Ini merupakan hasil perbincangan antara Presiden-presiden persatuan induk bagi setiap negara Asia Tenggara yang diketuai oleh Presiden PMRAM, Saudara Muhamad Zuhaili Saiman.

"ASEAN CUP merupakan langkah permulaan bagi Tadhamun Asia Tenggara dalam memantapkan lagi hubungan antarabangsa bersama. Ia juga merupakan salah satu medium menyatukan suara anak-anak Melayu Nusantara," ujar Presiden PMRAM.

PMRAM akan menghantar 2 pasukan bola sepak yang mewakili Malaysia.

Di pihak PMRAM, segala kelengkapan perlawanan serta pasukan pilihan akan dikelolai oleh Ketua Badan Kebudayaan, Kesenian dan Sukan, Saudara Ibrahim Ani.

"Ini merupakan amanah yang besar kerana perlawanan kali ini melibatkan rakan-rakan Melayu dari Nusantara. PMRAM telah mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua pasukan bola dari Indonesia, Thailand dan sebagainya bagi melicinkan perjalanan perlawanan ," ujar beliau.

"Semua mahasiswa Islam Malaysia dijemput untuk menyaksikan ASEAN CUP dan memberikan sokongan kepada 2 pasukan Malaysia yang dihantar. Tempat akan dimaklumkan kemudian," harapan Saudara Ibrahim Ani.

Sumber: pmram.org

filed under:
Copyright © 2009 Bola Sepak | PMRAM.
Designed by Theme Junkie. Converted by Wordpress To Blogger for WP Blogger Themes. Sponsored by iBlogtoBlog.