Your are here: Home // // ASEAN CUP Bakal Berlangsung

ASEAN CUP Bakal Berlangsung

KAHERAH, 14 Okt - Perlawanan bola sepak ASEAN CUP antara persatuan-persatuan induk bagi negara-negara Asia Tenggara akan berlangsung pada 23 Oktober ini.

Perlawanan yang dinamakan ASEAN CUP merupakan satu perlawanan bola sepak yang julung-julung kali diadakan dengan kerjasama semua negara-negara Asia Tenggara yang melibatkan Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura, Brunei, Kemboja dan Filipina.

Perlawanan bola sepak yang berprestij tersebut merupakan satu jalinan kerjasama bagi Tadhamun Asia Tenggara dalam menyatukan suara anak-anak Melayu Nusantara.

Ini merupakan hasil perbincangan antara Presiden-presiden persatuan induk bagi setiap negara Asia Tenggara yang diketuai oleh Presiden PMRAM, Saudara Muhamad Zuhaili Saiman.

"ASEAN CUP merupakan langkah permulaan bagi Tadhamun Asia Tenggara dalam memantapkan lagi hubungan antarabangsa bersama. Ia juga merupakan salah satu medium menyatukan suara anak-anak Melayu Nusantara," ujar Presiden PMRAM.

PMRAM akan menghantar 2 pasukan bola sepak yang mewakili Malaysia.

Di pihak PMRAM, segala kelengkapan perlawanan serta pasukan pilihan akan dikelolai oleh Ketua Badan Kebudayaan, Kesenian dan Sukan, Saudara Ibrahim Ani.

"Ini merupakan amanah yang besar kerana perlawanan kali ini melibatkan rakan-rakan Melayu dari Nusantara. PMRAM telah mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua pasukan bola dari Indonesia, Thailand dan sebagainya bagi melicinkan perjalanan perlawanan ," ujar beliau.

"Semua mahasiswa Islam Malaysia dijemput untuk menyaksikan ASEAN CUP dan memberikan sokongan kepada 2 pasukan Malaysia yang dihantar. Tempat akan dimaklumkan kemudian," harapan Saudara Ibrahim Ani.

Sumber: pmram.org

filed under:

Leave a reply

Copyright © 2009 Bola Sepak | PMRAM.
Designed by Theme Junkie. Converted by Wordpress To Blogger for WP Blogger Themes. Sponsored by iBlogtoBlog.