Your are here: Home // // Peraturan Piala Malaysia 2009

Peraturan Piala Malaysia 2009



1.0 NAMA KEJOHANAN

1.1 Kejohanan Bola Sepak Piala Malaysia 2009

2.0 PENGANJUR

2.1 Persekutuan Melayu Repukblik Arab Mesir (PMRAM)

3.0 PENGELOLA

3.1 Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Bola Sepak Piala Malaysia 2009

3.2 Dengan kerjasama Badan Kebudayaan, Kesenian dan Sukan. Persekutuan Melayu Repukblik Arab Mesir (PMRAM)

4.0 TARIKH TUTUP PENYERTAAN

4.1 Borang penyertaan hendaklah sampai kepada Urusetia Kejohanan 22 Julai 2009 (Rabu)

5.0 TARIKH PERTANDINGAN

5.1 Kejohanan akan bermula pada 25 – 29 Julai 2009

6.0 TEMPAT

6.1 Istad Syarqiah, Zaqaziq

7.0 PENDAFTARAN

7.1 Senarai nama pemain hendaklah sampai ke pihak Urusetia Pertandingan.

7.2 Setiap pasukan boleh menghantar pemain tidak lebih dari 15 orang.

7.3 Hanya pemain yang berdaftar sahaja dibenarkan bermain dalam kejohanan ini.

7.4 Terbuka kepada semua mahasiswa yang berdaftar sebagai ahli PMRAM yang sah

7.5 Penyertaan mesti melalui BKAN dan DPM

8.0 PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN

8.1 Mengikut undang-undang dan peraturan yang telah ditetapi oleh Federation of International Football Association FIFA, AFC, FAM dan Local Rules (Disediakan oleh pihak Peganjur).

9.0 MASA DAN TEMPOH PERMAINAN

9.1 Setiap perlawanan berlangsung selama sepuluh minit ( 10 - 1 - 10 )

9.2 masa menunggu adalah selama 10 minit

9.3 Mana-mana pasukan yang lewat dan tidak dapat hadir pada masa yang ditetapkan, menang percuma diberi kepada pihak lawan dengan kiraan jaringan 2-0 tanpa balas

9.4 Masa tambahan untuk menentukan pasukan yang layak ke pusingan seterusnya adalah tiga (3) minit

10.0 FORMAT KEJOHANAN

10.1 Sistem (golden gol) tidak dipakai dalam kejohanan ini

10.2 Peraturan Offside juga tidak diguna pakai dalam kejohanan ini

10.3 Perlawanan ini adalah antara pasukan yang mewakili BKAN dan DPM dan pasukan

Jemputan

10.4 Peringkat kumpulan – Perlawanan secara liga, dua pasukan teratas layak ke pusingan

seterusnya

10.5 Pusingan kedua – Permainan secara kalah mati, pasukan yang kalah terkeluar dari

kejohanan. Manakala pasukan yang menang layak ke peringkat seterusnya.

11.0 JERSEY

11.1 Setiap pasukan hendaklah mendaftarkan sekurang-kurangnya dua jenis jersey belainan

warna

11.2 Jika berlaku persamaan warna jersey, pasukan tuan rumah (yang dicatatkan terlebih

dahulu dalam jadual pertandingan) hendaklah membuat penukaran jersey

11.3 Setiap pemain hendaklah menggunakan nombor yang sama sepanjang tempoh

kejohanan

11.4 Ketua pasukan hendaklah memakai lilitan dilengan yang jelas di lengan kiri jersey

11.5 Penjaga gol mestilah mamakai jersey yang berbeza dengan pemain lain dan pengadil

12.0 KIRAAN MATA

12.1 Sistem kiraan mata

KEDUDUKKAN

MATA

Menang

3

Seri

1

kalah

0

13.0 TINDAKKAN TATATERTIB

13.1 Pemain yang menerima 2 KAD KUNING dalam perlawanan berlainan akan digantung

SATU perlawanan berikutnya

13.2 Pemain yang menerima dan mengumpul dua KAD KUNING serta satu KAD MERAH dalam

satu perlawanan secara automatik akan digantung SATU perlawanan berikutnya

13.3 Pemain yang melakukan kekasaran dan menerima KAD MERAH secara terus diperintah

keluar padang dan digantung DUA perlawanan berikutnya

13.4 Mana-mana pemain yang mengeluarkan kata-kata kesat atau isyarat kurang tertib akan

digantung TIGA perlawanan berikutnya tanpa mengira pemain tersebut menerima

amaran bertulis (KAD KUNING / KAD MERAH) sebelum ini atau tidak

13.5 Pemain yang menerima KAD MERAH (diperintah keluar padang). Digantung SATU

perlawanan berikutnya.

13.7 Mana-mana pengurus atau jurulatih atau pemain melakukan kesalahan di luar padang

dianggap melakukan kesalahan di atas padang

14.0 SEPAKAN PENALTI

14.1 Pengadil akan membuat undian dengan cara “toss of coin” pasukan yang menang akan

memgambil sepakan dahulu

14.2 Seramai lima (5) orang dibenarkan mengambil sepakan penalti, secara selang seli

14.3 Jika masih lagi seri, sepakan penalti secara SUDDENT DEATH akan dilakukan.

14.4 Hanya pemain yang sempat bermain pada perlawan terakhir sahaja layak

mengambil sepakan penalti.

15.0 PENGADIL DAN KEPUTUSAN

15.1 Jawatankuasa Penganjur telah melantik pengadilan yang bertauliah, yang telah diberi

kursus pengadil dan keadilan.

15.2 Keputusan Pengadil adalah MUKTAMAD.

16.0 BANTAHAN

16.1 Bantahan boleh dikemukakan dalam bentuk lisan atau bertulis.

16.2 Setiap bantahan akan di kenakan bayaran sebanyak LE 100.

16.3 Jika bantahan ditolak atau diterima, wang tersebut tidak akan dikembalikan.

17.0 PENGUNDURAN PASUKAN

17.1 Pasukan yang ingin menarik diri dari kejohanan selepas cabutan undi dibuat, adalah

dilarang sama sekali.

17.2 Pihak pengajur kejohanan berhak mengambil tindakan yang difikirkan wajar kepada

mana-mana pasukan yang berbuat demikian.

18.0 KECEDERAAN

18.1 Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab di atas keceradaan dan kecelakan yang

terjadi kepada pemain.

18.2 Walau bagaimanapun pihak penganjur menyediakan Skuad Para Medik

19.0 PERATURAN AM

19.1 Pemain WAJIB menutup aurat.

19.2 Setiap pemain perlu menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi.

19.3 Untuk keselamatan, pemain digalakkan memakai SHIN PAD / SHIN GUARD.

20.0 HADIAH

20.1 Hadiah hanya disediakan kepada pemenang-pemenang hingga tempat keempat sahaja.

20.2 Hadiah khas:

20.2.1 Penjaring terbanyak

20.2.2 Pemain terbaik

20.2.3 Anugerah “Fair Play”

21.0 MAJLIS PERASMIAN

21.1 Majlis perasmian akan diadakan pada hari pertama kejohanan

21.2 Akan dilaksanakan di padang kejohanan bermula pukul 6.00 pagi

22.0 AMARAN

22.1 Pengurus dan Ketua Pasukan bertanggungjawab kepada pemain dan penyokong.

22.2 Jika mana-mana pasukan yang menimbulkan kekecohan atau rusuhan kecil, penyertaan

pasukan terbabit secara automatik TERBATAL

23.0 HAK JAWATANKUASA PENGELOLA

23.1 Jawatankuasa pengelola penganjur kejohanan berkuasa penuh mengubah, menambah

dan meminda mana-mana peraturan dan undang-undang atau hal-hal yang tidak

dinyatakan yang difikirkan wajar mengikut keputusan semasa Jawatankuasa Pengelola

yang bersidang.

24.0 KETERANGAN LANJUT

24.1 Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Jamal Najmuddin Bin Sulaiman

Ketua Badan Kebudayaan, Kesenian dan Sukan

Persekutuan Melayu Repukblik Arab Mesir (PMRAM)

No. Tel: 010-3799695

Rosdi Bin Latif

Pengarah,

Jawatankuasa pengelola

Kejohanan Bola Sepak Piala Malaysia 2009

No. Tel: 011-3629766

Abdul Rahman Bin Muhammad

Urusetia Pertandingan,

Jawatankuasa pengelola

Kejohanan Bola Sepak Piala Malaysia 2009

No. Tel: 011-2894323

Laman web: http://bolapmram.blogspot.com

KEJOHANAN BOLA SEPAK

PIALA MALAYSIA 2009

Disediakan oleh:

Badan Kebudayaan, Kesenian & Sukan

PERSEKUTUAN MELAYU REPUBLIK ARAB MESIR (PMRAM)

Leave a reply

Copyright © 2009 Bola Sepak | PMRAM.
Designed by Theme Junkie. Converted by Wordpress To Blogger for WP Blogger Themes. Sponsored by iBlogtoBlog.