Your are here: Home // // Zagazig Tuan Rumah Piala Malaysia PMRAM 09

Zagazig Tuan Rumah Piala Malaysia PMRAM 09


klik gambar untuk paparan lebih jelas :)


Piala Malaysia PMRAM kini kembali lagi. Sekali lagi Zagazig menjadi tuan rumah bagi kejohanan besar ini.

Zagazig merupakan ibu kota bagi Syarqiah.Menurut penduduk setempat asal nama Zagazig dari sejenis ikan iaitu "Zagzug" yang banyak terdapat di sini ketika dahulu tetapi sumber yang lebih kuat,ianya diambil daripada nama pengasas Kafr Zagazig iaitu Sayyid Ahmad Zagzug Al Kabir sebelum kedatangan Sir Mohamad Ali dan keturunannya masih terdapat di bumi Zagazig sehingga kini.

Lambang kemegahan Syarqiah ialah kuda putih,melambangkan kedudukannya sebagai pengeluar baka kuda arab terbaik bukan sekadar di Mesir bahkan benua Arab.

Stadium Syarqiah merupakan gelanggang yang bakal menjadi medan tempur bagi 20 buah pasukan yang akan beraksi tidak lama lagi. Kedudukan stadium ini yang strategik memudahkan kedatangan setiap pasukan ke sini.Stadium ini terletak di pusat bandar dan juga berhampiran dengan Universiti Zagazig.

Leave a reply

Copyright © 2009 Bola Sepak | PMRAM.
Designed by Theme Junkie. Converted by Wordpress To Blogger for WP Blogger Themes. Sponsored by iBlogtoBlog.