Your are here: Home // // Kelantan Juara MASCUP '11

Kelantan Juara MASCUP '11

KAHERAH , 28 Sept – Kejohanan Bola Sepak Piala Malaysia PMRAM 2011 (MASCUP ‘11) melabuhkan tirainya setelah 4 hari kejohanan itu berlangsung semalam.

Presiden PMRAM Saudara Mohd Zuhaili bin Saiman berkenan untuk menyempurnakan majlis penutup dan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang MASCUP ’11.

Dalam ucapan penutup itu , Presiden PMRAM mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan MASCUP ’11 pada kali ini.

Selain itu , Presiden juga mengharapkan ukhuwah yang terjalin dilapangan sukan ini berkekalan dan diteruskan dan juga mengharapkan semua supaya sentiasa bersama-sama PMRAM dalam semua bidang.

Kelantan sekali lagi berjaya membawa trofi Piala Malaysia setelah Berjaya menewaskan pasukan Kedah di perlawanan akhir semalam menerusi sepakkan penalti setelah perlawanan sebenar berkesudahan seri tanpa jaringan.

2 sepakkan penalti pemain Kedah tersasar sekaligus menghadiahkan kemenangan kepada Kelantan dengan kesudahan sepakkan penalti 3-1.Dengan kemenangan ini Kelantan Berjaya membawa pulang trofi kejohanan , pingat emas dan hamper sebagai hadiah kejohanan.

MASCUP ’11 tahun ini mendapat penyertaan yang amat menggalakkan dengan penyertaan sebanyak 22 pasukan.14 pasukan negeri , 6 pasukan muhafazah , dan 2 pasukan dari perubatan.

MASCUP ’11 membuka tirainya dengan perlawanan Piala Sumbangsih diantara pasukan Kedah menentang pasukan Kelantan dengan kemenangan kepada pasukan Kedah juga menerusi sepakkan penalti.

Selepas perlawanan tersebut majis perasmian MASCUP ’11 diadakan.Perasmian kejohanan disempurnakan oleh Presiden PMRAM , Saudara Mohd Zuhaili bin Saiman.

MASCUP ’11 akhirnya menutup tirai kejohanan.ucapan terima kasih buat semua AJK pelaksana yang bertungkus lumus dalam menjayakan MASCUP ’11 tahun ini.

Juga terima kasih buat semua pengurus dan pemain yang mengambil bahagian dalam MASCUP ’11 tahun ini diatas kerjasama yang begitu baik telah diberikan.

Mohon maaf diatas kekurangan dan kesilapan yang dilakukan penganjur sepanjang Kejohanan Bola Sepak Piala Malaysia PMRAM 2011 berlangsung.

Sumber: pmram.org

filed under:

Leave a reply

Copyright © 2009 Bola Sepak | PMRAM.
Designed by Theme Junkie. Converted by Wordpress To Blogger for WP Blogger Themes. Sponsored by iBlogtoBlog.