Your are here: Home // // Majlis Pengundian Kumpulan MASCUP '11

Majlis Pengundian Kumpulan MASCUP '11

15 September – KAHERAH: Majlis pengundian kumpulan MASCUP ’11 telah berlangsung di Rumah Selangor Hayyu Asyir. Seramai 22 orang pengurus yang mewakili 22 pasukan bertanding telah menghadiri majlis pengundian tersebut. Majlis dimulakan dengan taklimat syarat penyertaan MASCUP ’11 oleh saudara Zulkifli Hashim sebagai Ketua Unit Disiplin dan Pertandingan MASCUP ’11. Selepas taklimat disiplin itu, majlis diteruskan dengan ucapan daripada Pengarah MASCUP ’11 saudara Ibrahim Ani. Didalam ucapannya, beliau mewakili barisan kepimpinan Badan Pengurus PMRAM merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pasukan yang mengambil bahagian didalam MASCUP ’11. Pemakluman tempat dan tarikh kejohanan juga dimaklumkannya yang mana MASCUP ’11 pada kali ini akan berlangsung di Nadi Markaz Syabab Tajammuk Awwal pada 24 September 2011 dan akan berakhir pada 27 September 2011.

Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh saudara Mohd Solehuddin bin Mohd Safien yang turut hadir bagi memeriahkan lagi malam pengundian kumpulan MASCUP ’11. Diantara ucapannya beliau menyentuh tujuan utama MASCUP ’11 dilakukan iaitu adalah semata-mata untuk menjalinkan ikatan ukhuwah diantara kesemua mahasiswa-mahasiswa Islam di Mesir ini. Sebagai gimik perasmian , saudara Mohd Solehuddin telah berkenan untuk mencabut salah satu undian.

Sebanyak 22 pasukan akan menyertai MASCUP ’11 pada kali ini antaranya Sarawak, Sabah, Negeri Sembilan, Unit Mutazawwijin Iskandariah (UMI) dan dua pasukan dari Sayyidah Zainab.

Klik disini: Keputusan Pengundian Kumpulan

filed under:

Leave a reply

Copyright © 2009 Bola Sepak | PMRAM.
Designed by Theme Junkie. Converted by Wordpress To Blogger for WP Blogger Themes. Sponsored by iBlogtoBlog.