You are here: Home // Showing posts with label Penting - Piala Presiden (2009). Show all posts

Minta perhatian kepada pasukan yang terbabit

Kepada pasukan-pasukan yang belum menerima sijil penyertaan dan gambar, anda boleh dapatkannya di Pejabat PMRAM pada bila-bila masa. Segala kesulitan amat kami kesali.

Sekian, terima kasih.

Kumpulan yang bertanding

Futsal Piala Presiden 2010

Ayuh!! Semarakkan kejohanan yang ulung kali di adakan di Dewan Nadi Riadhi Madinah Nasr Kaherah. Semua di jemput hadir bagi memeriahkan kejohanan tersebut. Gegarkannya dengan slogan "kita PMRAM". Satu Fikrah Satu Amal bersama kita jayakan.

Ayuh semarakkan kejohanan Piala Presiden

Assalamualaikum...
Berkat kesabaran dan kejituan semangat kalian dalam mendoakan kejayaan Kejohanan Piala Presiden. Insya-Allah kejohanan tersebut bakal berlangsung sebagaimana biasa, cuma dilewatkan tarikhnya pada 2-4 Mac 2010, bertempat di Dewan Nadi Riadhi Madinah Nasr.

Kepada semua pengurus dan pasukan yang menyertai kejohanan tersebut, di harapkan dapat datang tepat pada masanya bagi mengelakkan sebarang kesulitan. Pembukaan Kejohanan Futsal Piala Presiden 2010 akan berlangsung pada pukul 7.00 pagi esok yang akan dirasmikan oleh Presiden PMRAM sendiri.

Diharapkan kejohanan yang julung kali di anjurkan PMRAM ini, dapat menatijahkan sesuatu yang positif dalam kalangan pendukung PMRAM dan juga mahasiswa Perlembahan Nil ini. Di jemput kepada semua hadir bagi memeriahkan lagi kejohanan tersebut.

Slogan keramat "KITA PMRAM" menjadi titik ukhuwwah dalam kalangan kita semua. Bertepatan tema kejohanan pada kali ini "Semangat Di Jana Ukhuwwah Di bina".

Jamal Najmuddin bin Sulaiman
Ketua Badan Kebudayaan Kesenian Dan Sukan PMRAM 2009
Penasihat Futsal Piala Presiden 2010

Pengumuman penting!

Assalamualaikum,
Perhatian kepada semua ahli PMRAM dan juga peserta Bola Sepak Piala Presiden PMRAM 2010.
Adalah dengan dukacita dimaklumkan bahawa kejohanan tersebut terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab tertentu.

Oleh yang demikian pihak pengurusan sedang sedaya upaya untuk mencari inisiatif bagi menjayakan juga kejohanan tersebut. Insya-Allah, segala maklumat terkini kami akan maklumkan selewat-lewatnya jam 3.00 petang esok (1.3.10).

Segala kesulitan kami memohon ribuan kemaafan akibat dari pembatalan di saat akhir. Segala kerjasama dari semua kami dahulukan ribuan terima kasih.

Ketua BKKS PMRAM 2009

Struktur Ahli Jawatankuasa

Penaung
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir


Penasihat
Jamal Najmuddin bin Sulaiman
Ketua Badan Kebudayaan, Kesenian dan Sukan


Pengarah
Mohd Mu'az bin Mohd Syukri


Setiausaha I
Wan Ahmad Hanif bin Wan Mohamed @ Adnan


Setiausaha II
Mohd Zul Ikhwan bin Zahari


Urus Setia Pertandingan
Mohd Mukhlis bin Hasin


Urus Setia Persiapan dan Pendaftaran
Ismail bin Ibrahim


Urus Setia Makanan dan Minuman
Muhammad Omar bin Adam


Urus Setia Cenderahati
Muhamad Wizan bin Akbar Ali


Urus Setia Protokol dan Keselamatan
Mustafa bin Nor


Urus Setia Penginapan
Mohd Huefiros Efizi bin Husain

Borang & Syarat Kejohanan

Borang Penyertaan Kejohanan



Syarat-Syarat Kejohanan



Perhatian :
1. Borang ini adalah dikhususkan untuk penyertaan pasukan daripada Muhafazah.
2. Pastikan borang yang diisi mendapat pengesahan dan cop daripada pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa masing-masing.

Copyright © 2009 Bola Sepak | PMRAM.
Designed by Theme Junkie. Converted by Wordpress To Blogger for WP Blogger Themes. Sponsored by iBlogtoBlog.