Kumpulan Piala Asean (Asean Cup 2011)

filed under:

Asean Cup Simbol Kebersamaan Persatuan Mahasiswa Islam Asia Tenggara

KAHERAH , 9 Okt - PMRAM kali ini menjadi tuan rumah bagi perjumpaan Ketua-Ketua Kontinjen Sukan bagi peringkat Tadhamun Mahasiswa Islam Asia Tenggara. Ketua Badan Kebudayaan , Kesenian dan Sukan PMRAM 2011 , Saudara Ibrahim bin Ani mewakili PMRAM dalam perjumpaan yang berlangsung di pejabat pentadbiran PMRAM pada pukul 10.00 pagi semalam.

Perjumpaan yang dihadiri oleh ketua-ketua kontinjen bagi setiap negara yang menjadi anggota bagi Tadhamun Mahasiswa Islam Asia Tenggara.
Diantara wakil kontinjen yang hadir ialah dari Thailand , Kemboja , Brunei , Indonesia dan Malaysia sebagai tuan rumah. Wakil dari negara Singapura dan Filipina tidak dapat hadir pada perjumpaan tersebut.
Antara agenda perbincangan yang dalam perjumpaan itu adalah mengenai Kejohanan Bola Sepak Piala Asean (Asean Cup) yang akan diadakan pada penghujung Oktober nanti.
Kesemua negara yang menjadi anggota Tadhamun Mahasiswa Islam Asia Tenggara akan mengambil bahagian dalam kejohanan yang akan diadakan itu nanti.PMRAM telah diberi penghargaan untuk menjadi tuan rumah kepada Kejohanan Bola Sepak Piala Asean (Asean Cup) yang akan diadakan itu nanti.
Dengan terjalinnya hubungan ini maka ianya akan mewujudkan satu kesepakatan dan kekuatan antara Persatuan-Persatuan Mahasiswa Islam Asean di Perlembahan Nil ini.
" PMRAM menyeru kepada semua ahli agar dapat turun ke padang memberi sokongan moral kepada pemain-pemain pasukan Malaysia yang mewakili PMRAM pada kejohanan itu nanti" ujar Saudara Ibrahim bin Ani ketika ditemui semalam .

filed under:

Koleksi Gambar di Lapangan Hijau vol. 3







filed under:

Kelantan Juara MASCUP '11

KAHERAH , 28 Sept – Kejohanan Bola Sepak Piala Malaysia PMRAM 2011 (MASCUP ‘11) melabuhkan tirainya setelah 4 hari kejohanan itu berlangsung semalam.

Presiden PMRAM Saudara Mohd Zuhaili bin Saiman berkenan untuk menyempurnakan majlis penutup dan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang MASCUP ’11.

Dalam ucapan penutup itu , Presiden PMRAM mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan MASCUP ’11 pada kali ini.

Selain itu , Presiden juga mengharapkan ukhuwah yang terjalin dilapangan sukan ini berkekalan dan diteruskan dan juga mengharapkan semua supaya sentiasa bersama-sama PMRAM dalam semua bidang.

Kelantan sekali lagi berjaya membawa trofi Piala Malaysia setelah Berjaya menewaskan pasukan Kedah di perlawanan akhir semalam menerusi sepakkan penalti setelah perlawanan sebenar berkesudahan seri tanpa jaringan.

2 sepakkan penalti pemain Kedah tersasar sekaligus menghadiahkan kemenangan kepada Kelantan dengan kesudahan sepakkan penalti 3-1.Dengan kemenangan ini Kelantan Berjaya membawa pulang trofi kejohanan , pingat emas dan hamper sebagai hadiah kejohanan.

MASCUP ’11 tahun ini mendapat penyertaan yang amat menggalakkan dengan penyertaan sebanyak 22 pasukan.14 pasukan negeri , 6 pasukan muhafazah , dan 2 pasukan dari perubatan.

MASCUP ’11 membuka tirainya dengan perlawanan Piala Sumbangsih diantara pasukan Kedah menentang pasukan Kelantan dengan kemenangan kepada pasukan Kedah juga menerusi sepakkan penalti.

Selepas perlawanan tersebut majis perasmian MASCUP ’11 diadakan.Perasmian kejohanan disempurnakan oleh Presiden PMRAM , Saudara Mohd Zuhaili bin Saiman.

MASCUP ’11 akhirnya menutup tirai kejohanan.ucapan terima kasih buat semua AJK pelaksana yang bertungkus lumus dalam menjayakan MASCUP ’11 tahun ini.

Juga terima kasih buat semua pengurus dan pemain yang mengambil bahagian dalam MASCUP ’11 tahun ini diatas kerjasama yang begitu baik telah diberikan.

Mohon maaf diatas kekurangan dan kesilapan yang dilakukan penganjur sepanjang Kejohanan Bola Sepak Piala Malaysia PMRAM 2011 berlangsung.

Sumber: pmram.org

filed under:

Presiden PMRAM Bersama Dalam Majlis Penyampaian Hadiah MASCUP '11

Pada ketika ini (6:45 PM) berlangsung majlis penyampaian hadiah yang dihadiri oleh Presiden PMRAM, saudara Zuhaili bin Saiman.

filed under:

Kelantan Menjuarai Piala Malaysia 2011 (MASCUP '11)

Tajammu' Awwal, 27 Sept: Pasukan Kelantan menjuarai Piala Malaysia 2011 (MASCUP '11) selepas menumbangkan gergasi dari negeri utara, Kedah dalam perlawanan akhir pada petang tadi. Kelantan menjuarai MASCUP '11 melalui penentuan sepakan penalti 2-1 selepas seri 0-0. Pasukan Kelantan sekali lagi mempertahankan kejuaraan selepas memenangi Piala Presiden pada tahun 2009.

filed under:

Kelantan vs Kedah Dalam Pusingan Akhir MASCUP '11

Tajammu' Awwal, 27 Sept: Kelantan dan Kedah bakal bertemu untuk merebut Piala Malaysia 2011 (MASCUP '11) dalam perlawanan yang akan dilangsungkan petang ini. Bersama-sama kita memeriahkan penutup tirai MASCUP '11 tahun ini.

filed under:

Kedah Layak Ke Akhir MASCUP '11

Tajammu' Awwal, 27 Sept: Kedah layak ke pusingan akhir Mascup '11 selepas mengalahkan Perubatan (I) 1-0.

filed under:

Pusingan Separuh Akhir


Kedah vs Perubatan (I)

Kelantan vs Perak


Perlawanan akan bermula pada pukul 2:00 PM.

filed under:

Perak Menang

Tajammu' Awwal, 27 Sept: Perak berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir selepas mengalahkan pasukan Selangor dengan penentuan melalui sepakan penalti. Perak menang 3-1.

filed under:

Penalti Penentu Kemenangan

Tajammu' Awwal, 27 Sept: Perlawanan antara Perak dan Selangor berlanjutan sehingga sepakan penalti selepas seri 1-1 dalam perlawanan sebentar tadi.

filed under:

Keputusan Kelantan vs Zaqazig

Tajammu' Awwal, 27 Sept: Kelantan berjaya melangkah ke kelompok 4 terakhir Mascup '11 selepas berjaya mengalahkan Zaqazig 1-0 dalam perlawanan yang berlangsung pada tengahari ini.

filed under:

Kedah Mendahului Mansurah

Tajammu' Awwal, 27 Sept: Pasukan Kedah sedang mendahului Mansurah dengan jaringan 1-0 dalam waktu tambahan.

filed under:
Copyright © 2009 Bola Sepak | PMRAM.
Designed by Theme Junkie. Converted by Wordpress To Blogger for WP Blogger Themes. Sponsored by iBlogtoBlog.