Your are here: Home // // Nadi Riadi tempat bertarung 40 pasukan futsal!

Nadi Riadi tempat bertarung 40 pasukan futsal!

ustaz Shahrizan bin Hazimee

ustaz Mohd Mu'az bin Mohd Shukri

ustaz Azlan bin Hj.Alias


Wakil daripada Shibin El-Kom menerima hadiah cabutan bertuah

Wartawan
Wan Ahmad Hanif bin Wan Mohamed @ Adnan


2 Mac 2010, Nadi Riadi - Slogan "Kita PMRAM!" bergema di Stadium Tertutup Nadi Riadi, Madinah Nasr Kaherah yang menyaksikan Kejohanan Futsal Piala Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab 2010 berlangsung dengan meriahnya. Slogan tersebut dilaungkan bersama oleh 40 pasukan yang akan berentap bagi merebut gelaran Johan Piala Presiden pada tahun ini.

Majlis yang bermula pada jam 8.15 pagi tadi berjaya dirasmikan oleh ustaz Shahrizan bin Hazimee selaku Perasmi Program merangkap Timbalan Presiden PMRAM 2009. Terdahulu, majlis didahului dengan ucapan alu-aluan oleh Pengarah Futsal iaitu ustaz Mohd Mu'az bin Mohd Shukri. Dalam ucapan, beliau menitik-beratkan soal kesepaduan dan ukhuwwah dalam kalangan ahli pasukan dengan pasukan yang lain supaya dapat dijalinkan dengan sebaiknya melalui kejohanan kali ini.

Seterusnya ucapan yang turut disampaikan oleh ustaz Shahrizan bin Hazimee, beliau memohon maaf kepada pemain kerana kejohanan yang pada mulanya adalah berformat "Bola Sepak" akhirnya ditukar kepada "Futsal" kerana terdapat masalah tertentu yang tidak dapat dielakkan. Namun begitu, beliau bersyukur kerana inilah kali pertama PMRAM dapat menganjurkan program yang cukup berprestij ini yang mana dipertandingkan di Stadium Tertutup, Nadi Riadi yang mengetengahkan sebanyak 40 pasukan termasuk pasukan daripada Singapura, Kemboja dan penyertaan pasukan Bu'uth dan mahasiswa Dentist Azhar.

Majlis yang dipengerusikan oleh ustaz Azlan bin Hj.Alias tadi turut menjemput perasmi bagi melancarkan gimik perasmian pembukaan kejohanan dengan "menendang bola" bagi menandakan bermulanya kejohanan yang akan berentap selama tiga hari ini.

Perasmi juga turut melakukan cabutan bertuah, dimana pasukan yang bertuah akan mendapat kembali wang perlawanan yang dibayar sebelumnya kepada pihak penganjur. Cabutan tersebut akhirnya diperolehi oleh pasukan daripada Shibin el-Kom.

Kejohanan pada hari ini akan berentap sehingga jam 7.00 malam nanti.

Leave a reply

Copyright © 2009 Bola Sepak | PMRAM.
Designed by Theme Junkie. Converted by Wordpress To Blogger for WP Blogger Themes. Sponsored by iBlogtoBlog.