You are here: Home // Showing posts with label Berita - Piala Presiden (2009). Show all posts

Kelantan B : Juara Piala Presiden 2010!

Gambar skuad Kelantan dan Kedah sedang bergambar selepas tamatnya perlawanan


Akhirnya, selepas berhempas-pulas selama tiga hari, selama 25 jam bertarung, keputusan perlawanan akhir telah jatuh kepada...

Kelantan B (1) VS Kedah B (0)


Jadual perlawanan, keputusan terkini!

Keputusan sehingga jam 11.28 malam


Keputusan sehingga jam 10.10 malam


Keputusan sehingga jam 9.00 malam


Keputusan sehingga jam 7.30 malam

Warm up dan Go! hari ketiga


Wartawan
ustaz Huefiros Efizi bin Husein


4 Mac 2010, Nadi Riadi - Perlawanan pada hari ketiga disemarakkan lagi dengan perlawanan pembukaan antara Singapura B dan Kuala Lumpur B tepat jam 7 pagi. Walaupun Kuala Lumpur berpuas hati sekadar memperoleh satu jaringan berbanding dua dari pihak lawan namun sorakan penonton tidak sekali mematahkan pemain-pemain yang beraksi.

Skuad Penang dan Kemboja terus mengambil alih penguasaan bola dengan keputusan 0 berbalas 1. Stadium tertutup ini terus bergema dengan sorakan dari penyokong Skuad Dentist A apabila mampu menundukkan Buuth B dengan jaringan 1. Shoubra B terus tersenyum dengan penguasaan beberapa perlawanan sebelum ini dan hari ini memperoleh 2 gol berentap bersama UMI A yang hanya mandi peluh seusai perlawanan. Zaqaziq B, Terengganu B dan Shoubra A masih tidak mampu menjaringkan sebarang gol pada hari ini di mana pasangan masing-masing jua menerima nasib yang sama iaitu mansurah, Kelantan A dan Selangor A.

Hati-hati penonton sedikit tersentuh dengan sesi bermaafan selepas perlawanan di antara beberapa pemain dari Johor A dan Sabah apabila berlaku pertengkaran kecil pada sesi separuh minit terakhir yang diredakan oleh pengadil-pengadil yang terlibat.

Perlawanan diteruskan lagi dengan beberapa pertembungan skuad-skuad sebelum tamat sesi pertama hari terakhir ini. Sesi kedua akan bersambung jam 7 malam sehingga 12 tengah malam.

Hari kedua hari lambaian gelombang


Wartawan
Wan Ahmad Hanif bin Wan Mohamed @ Adnan

3 Mac 2010, Nadi Riadi - Sekitar jam 12.00 tengah hari tadi telah bermulanya Kejohanan Futsal Piala Presiden 2010 yang mengetengahkan pasukan daripada N.Sembilan B melawan N.Sembilan A. Persaingan sengit diantara lawan "negeri yang sama" ini akhirnya berpihak kepada pasukan N.Sembilan A dengan keputusan 1-0.

Hari kedua menyaksikan pelbagai karenah dan suka duka pemain mahupun penonton yang hadir. Walaupun terdapat beberapa detik cemas seperti kecederaan dan sebagainya, namun ia dapat diatasi sebaik mungkin oleh pengadil dan urus setia program. Kebanyakan pemain yang menyatakan pandangan mereka pada hari ini adalah ia lebih meriah berbanding semalam memandangkan lebih ramai yang hadir untuk memberikan sokongan kepada kumpulan masing-masing.

Suasana juga bertambah meriah dengan lambaian "gelombang" serta laungan semangat oleh penonton yang hadir. Hari kedua yang hanya memakan masa selama lima jam ini iaitu bermula jam 12.00 tengah hari sehingga 5.00 petang digunakan sebaik-baiknya oleh penonton untuk memberi semangat kepada pasukan yang bertanding.

Perlawanan akhirnya dapat disudahi tepat jam 5.00 petang.

Jualan di gerai memberangsangkan



Wartawan
ustaz Huefiros Efizi bin Husein


2 Mac, Nadi Riadhi- Bagi menghiasi Kejohanan Futsal Piala Presiden pada tahun ini, pihak urus setia turut membuka peluang seluas-luasnya kepada peniaga-peniaga menjual juadah di samping memberi kemudahan kepada semua pengunjung terutamanya peserta kejohanan. Antara juadah yang dijual ialah nasi ayam merah, nasi ikan keli NK, dan nasi sambal sotong. Seawal 8 pagi lagi meja-meja yang disediakan dipenuhi dengan pelbagai juadah dari pelajar-pelajar pengajian Islam sekitar Mesir. Amat menarik juadah-juadah tersebut habis dijual sebelum masuk waktu zuhur dan ada dari kalangan penjual sanggup menyediakan juadah dua kali pada hari yang sama.

Menurut salah seorang pengunjung, juadah yang dijual begitu enak dan seharusnya disediakan lebih banyak memandangkan peningkatan pengunjung pada tahun ini berbanding tahun lepas. Badan Ekonomi PMRAM tidak terkecuali mengambil bahagian dengan menjual air-air minuman demi merangsangkan ekonomi persatuan.

BP PMRAM melawan Pengurus Pasukan



Wartawan
Wan Ahmad Hanif bin Wan Mohamed @ Adnan


Perlawanan "friendly" sekaligus perlawanan pembukaan bagi Kejohanan Futsal pada kali ini telah berjaya diadakan antara Badan Pengurus PMRAM melawan Pengurus-pengurus pasukan. Perlawanan yang melihatkan Badan Pengurus PMRAM memakai jersi kuning telah bermula sekitar jam 9.00 pagi tadi iaitu selepas selesai majlis perasmian yang disempurnakan oleh ustaz Shahrizan bin Hazimee (Timbalan Presiden PMRAM 09).

Pengurus Pasukan dan Badan Pengurus PMRAM yang masing-masing bermain dalam format kiraan sembilan sebelah (sepertimana pasukan yang lain) telah memberikan persembahan yang hebat kepada penonton yang hadir pada hari ini.

Keputusan daripada perlawanan, Badan Pengurus PMRAM (2) manakala Pengurus Pasukan (0)

Nadi Riadi tempat bertarung 40 pasukan futsal!

ustaz Shahrizan bin Hazimee

ustaz Mohd Mu'az bin Mohd Shukri

ustaz Azlan bin Hj.Alias


Wakil daripada Shibin El-Kom menerima hadiah cabutan bertuah

Wartawan
Wan Ahmad Hanif bin Wan Mohamed @ Adnan


2 Mac 2010, Nadi Riadi - Slogan "Kita PMRAM!" bergema di Stadium Tertutup Nadi Riadi, Madinah Nasr Kaherah yang menyaksikan Kejohanan Futsal Piala Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab 2010 berlangsung dengan meriahnya. Slogan tersebut dilaungkan bersama oleh 40 pasukan yang akan berentap bagi merebut gelaran Johan Piala Presiden pada tahun ini.

Majlis yang bermula pada jam 8.15 pagi tadi berjaya dirasmikan oleh ustaz Shahrizan bin Hazimee selaku Perasmi Program merangkap Timbalan Presiden PMRAM 2009. Terdahulu, majlis didahului dengan ucapan alu-aluan oleh Pengarah Futsal iaitu ustaz Mohd Mu'az bin Mohd Shukri. Dalam ucapan, beliau menitik-beratkan soal kesepaduan dan ukhuwwah dalam kalangan ahli pasukan dengan pasukan yang lain supaya dapat dijalinkan dengan sebaiknya melalui kejohanan kali ini.

Seterusnya ucapan yang turut disampaikan oleh ustaz Shahrizan bin Hazimee, beliau memohon maaf kepada pemain kerana kejohanan yang pada mulanya adalah berformat "Bola Sepak" akhirnya ditukar kepada "Futsal" kerana terdapat masalah tertentu yang tidak dapat dielakkan. Namun begitu, beliau bersyukur kerana inilah kali pertama PMRAM dapat menganjurkan program yang cukup berprestij ini yang mana dipertandingkan di Stadium Tertutup, Nadi Riadi yang mengetengahkan sebanyak 40 pasukan termasuk pasukan daripada Singapura, Kemboja dan penyertaan pasukan Bu'uth dan mahasiswa Dentist Azhar.

Majlis yang dipengerusikan oleh ustaz Azlan bin Hj.Alias tadi turut menjemput perasmi bagi melancarkan gimik perasmian pembukaan kejohanan dengan "menendang bola" bagi menandakan bermulanya kejohanan yang akan berentap selama tiga hari ini.

Perasmi juga turut melakukan cabutan bertuah, dimana pasukan yang bertuah akan mendapat kembali wang perlawanan yang dibayar sebelumnya kepada pihak penganjur. Cabutan tersebut akhirnya diperolehi oleh pasukan daripada Shibin el-Kom.

Kejohanan pada hari ini akan berentap sehingga jam 7.00 malam nanti.

Copyright © 2009 Bola Sepak | PMRAM.
Designed by Theme Junkie. Converted by Wordpress To Blogger for WP Blogger Themes. Sponsored by iBlogtoBlog.