filed under:
MASCUP' 11 [Gambar]
Youtube | ASEAN CUP 2011
You are here: Home // September 2011
Kelantan Juara MASCUP '11
KAHERAH , 28 Sept – Kejohanan Bola Sepak Piala Malaysia PMRAM 2011 (MASCUP ‘11) melabuhkan tirainya setelah 4 hari kejohanan itu berlangsung semalam.
Presiden PMRAM Saudara Mohd Zuhaili bin Saiman berkenan untuk menyempurnakan majlis penutup dan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang MASCUP ’11.
Dalam ucapan penutup itu , Presiden PMRAM mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan MASCUP ’11 pada kali ini.
Selain itu , Presiden juga mengharapkan ukhuwah yang terjalin dilapangan sukan ini berkekalan dan diteruskan dan juga mengharapkan semua supaya sentiasa bersama-sama PMRAM dalam semua bidang.
Kelantan sekali lagi berjaya membawa trofi Piala Malaysia setelah Berjaya menewaskan pasukan Kedah di perlawanan akhir semalam menerusi sepakkan penalti setelah perlawanan sebenar berkesudahan seri tanpa jaringan.
MASCUP ’11 membuka tirainya dengan perlawanan Piala Sumbangsih diantara pasukan Kedah menentang pasukan Kelantan dengan kemenangan kepada pasukan Kedah juga menerusi sepakkan penalti.
Selepas perlawanan tersebut majis perasmian MASCUP ’11 diadakan.Perasmian kejohanan disempurnakan oleh Presiden PMRAM , Saudara Mohd Zuhaili bin Saiman.
MASCUP ’11 akhirnya menutup tirai kejohanan.ucapan terima kasih buat semua AJK pelaksana yang bertungkus lumus dalam menjayakan MASCUP ’11 tahun ini.
Juga terima kasih buat semua pengurus dan pemain yang mengambil bahagian dalam MASCUP ’11 tahun ini diatas kerjasama yang begitu baik telah diberikan.
Mohon maaf diatas kekurangan dan kesilapan yang dilakukan penganjur sepanjang Kejohanan Bola Sepak Piala Malaysia PMRAM 2011 berlangsung.
Sumber: pmram.org
Sumber: pmram.org
filed under:
MASCUP' 11 [Berita]
Presiden PMRAM Bersama Dalam Majlis Penyampaian Hadiah MASCUP '11
Pada ketika ini (6:45 PM) berlangsung majlis penyampaian hadiah yang dihadiri oleh Presiden PMRAM, saudara Zuhaili bin Saiman.
filed under:
MASCUP' 11 [Berita]
Kelantan Menjuarai Piala Malaysia 2011 (MASCUP '11)
Tajammu' Awwal, 27 Sept: Pasukan Kelantan menjuarai Piala Malaysia 2011 (MASCUP '11) selepas menumbangkan gergasi dari negeri utara, Kedah dalam perlawanan akhir pada petang tadi. Kelantan menjuarai MASCUP '11 melalui penentuan sepakan penalti 2-1 selepas seri 0-0. Pasukan Kelantan sekali lagi mempertahankan kejuaraan selepas memenangi Piala Presiden pada tahun 2009.
filed under:
MASCUP' 11 [Berita]
Kelantan vs Kedah Dalam Pusingan Akhir MASCUP '11
Tajammu' Awwal, 27 Sept: Kelantan dan Kedah bakal bertemu untuk merebut Piala Malaysia 2011 (MASCUP '11) dalam perlawanan yang akan dilangsungkan petang ini. Bersama-sama kita memeriahkan penutup tirai MASCUP '11 tahun ini.
filed under:
MASCUP' 11 [Berita]
Kedah Layak Ke Akhir MASCUP '11
Tajammu' Awwal, 27 Sept: Kedah layak ke pusingan akhir Mascup '11 selepas mengalahkan Perubatan (I) 1-0.
filed under:
MASCUP' 11 [Berita]
Pusingan Separuh Akhir
Kedah vs Perubatan (I)
Kelantan vs Perak
Perlawanan akan bermula pada pukul 2:00 PM.
filed under:
MASCUP' 11 [Berita]
Perak Menang
Tajammu' Awwal, 27 Sept: Perak berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir selepas mengalahkan pasukan Selangor dengan penentuan melalui sepakan penalti. Perak menang 3-1.
filed under:
MASCUP' 11 [Berita]
Penalti Penentu Kemenangan
Tajammu' Awwal, 27 Sept: Perlawanan antara Perak dan Selangor berlanjutan sehingga sepakan penalti selepas seri 1-1 dalam perlawanan sebentar tadi.
filed under:
MASCUP' 11 [Berita]
Keputusan Kelantan vs Zaqazig
Tajammu' Awwal, 27 Sept: Kelantan berjaya melangkah ke kelompok 4 terakhir Mascup '11 selepas berjaya mengalahkan Zaqazig 1-0 dalam perlawanan yang berlangsung pada tengahari ini.
filed under:
MASCUP' 11 [Berita]
Kedah Mendahului Mansurah
Tajammu' Awwal, 27 Sept: Pasukan Kedah sedang mendahului Mansurah dengan jaringan 1-0 dalam waktu tambahan.
filed under:
MASCUP' 11 [Berita]
Pertembungan Antara Kedah dan Mansurah
Tajammu' Awwal, 27 Sept: Siaran langsung [live score] antara pasukan Kedah dan Mansurah.
filed under:
MASCUP' 11 [Berita]
Perubatan (I) Layak Ke Separuh Akhir
Tajammu' Awwal, 27 Sept: Perubatan (I) melayakkan diri ke separuh akhir selepas menumbangkan Perlis 1-0. Gol kemenangan hadir hasil percubaan daripada pemain Perubatan (I), Ahmad Faiz bin Zaim.
filed under:
MASCUP' 11 [Berita]
Perlawanan Antara Perlis dan Perubatan (I) [9:45AM]
Tajammu' Awwal, 27 Sept: Perlawanan antara Perlis dan Perubatan (I) sedang berlangsung. Kedua-dua pasukan sedang berada dibabak pertama.
filed under:
MASCUP' 11 [Berita]
Perlawanan Istimewa
Tajammu' Awwal, 27 Sept: Semua penonton dan pemain bakal digegarkan dengan perlawanan istimewa diantara pasukan Johor menentang AJK Pelaksana Mascup '11 sebentar sahaja lagi. AJK Pelaksana akan diketuai oleh Pengarah MASCUP '11 saudara Ibrahim bin Ani. Jom bersama kita memeriahkan peringkat akhir MASCUP '11 pada tahun ini.
filed under:
MASCUP' 11 [Berita]
Pusingan Suku Akhir
Perlis vs Perubatan (I)
Zaqazig vs Kelantan
Kedah vs Mansurah
Perak vs Selangor
Semua perlawanan akan dilangsungkan pada pukul 9:00 pagi hari Selasa, 27 September 2011.
Zaqazig vs Kelantan
Kedah vs Mansurah
Perak vs Selangor
Semua perlawanan akan dilangsungkan pada pukul 9:00 pagi hari Selasa, 27 September 2011.
filed under:
MASCUP' 11 [Jadual]
Selangor dan Kedah Berentap
Tajammu' Awwal, 26 Sept: Selangor dan Kedah telah selesai menghabiskan perlawanan dengan keputusan seri 0-0. Kedua-dua pasukan melayakkan diri ke pusingan suku akhir yang akan berlangsung pada hari Selasa, 27 September 2011.
filed under:
MASCUP' 11 [Berita]
Penyokong Harmoni
Tajammu' Awwal, 26 Sept: Lapangan hijau Tajammu' Awwal dimeriahkan dengan kehadiran penyokong-penyokong yang hadir bagi menyokong pasukan masing-masing. Penyokong dari Sabah juga tidak ketinggalan dengan sokongan yang menarik hati orang ramai. Rata-rata pengunjung yang ditemui mengatakan Mascup '11 tahun ini dapat dijadikan satu lapangan bagi merapatkan ukhuwwah antara ahli PMRAM.
filed under:
MASCUP' 11 [Berita]
Zaqazig dan Perubatan (I) Turut Layak
Tajammu' Awwal, 26 Sept: Zaqazig dan Perubatan (I) telah melayakkan diri ke pusingan suku akhir kumpulan C. Perlawanan terakhir kumpulan C diantara Sabah dengan Perubatan (I) telah berakhir dengan keputusan seri 1-1.
filed under:
MASCUP' 11 [Berita]
Perlis dan Kelantan Ke Pusingan Suku Akhir
Tajammu' Awwal, 26 Sept: Pasukan daripada Perlis dan Kelantan berjaya melayakkan diri ke pusingan suku akhir setelah berakhir perlawanan kumpulan A diantara kedua-dua pasukan yang berakhir seri 0-0.
filed under:
MASCUP' 11 [Berita]
Terkini: Mascup '11
Perlawanan antara pasukan Mansurah dengan pasukan Dumyat kini sedang berlangsung.
filed under:
MASCUP' 11 [Berita]
Terkini: Perak Mengalahkan Dumyat
Tajammu' Awwal, 26 Sept: Pasukan Perak berjaya mengalahkan pasukan Dumyat dengan keputusan 1-0. Gol dijaringkan pada separuh masa kedua.
filed under:
MASCUP' 11 [Berita]
Hari Ketiga Bakal Bermula
Jom sahabat-sahabat kita memeriahkan MASCUP '11 pada tahun ini. Selepas 2 hari kita berkampung di Tajammu' Awwal dengan diwarnai gelagat serta aksi-aksi daripada pasukan-pasukan yang bertanding, kini tiba masa untuk kita mempamerkan aksi yang lebih menarik.
filed under:
MASCUP' 11 [Berita]
Pertembungan Yang Menarik
Tajammu' Awwal, 25 Sept, Pertembungan antara pasukan Kedah dan Pahang telah mengamit penonton dengan beberapa cubaan berbahaya ke gawang gol. Kedua-dua pasukan juga dilihat melakukan cubaan yang menarik dan gol hanya berhasil pada minit-minit terakhir perlawanan dengan pasukan Kedah dapat menghasilkan jaringan hasil cubaan saudara Mohd Hafizzan bin Ramli. Keputusan kedua-dua pasukan berkesudahan 1-0.
filed under:
MASCUP' 11 [Berita]
Makluman Ke Tajammu' Awwal
Alternatif 1:
No Bas : 602
Alternatif 2:
Bas : Dari Mau'af A'syir terus ke Tajammu' Awwal
No Bas : 346
Alternatif 3:
Tempah terenco ke Tajammu' Awwal dengan harga tidak melebihi LE 40
Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Ibrahim bin Ani [Pengarah Mascup '11]
+2011-8795786
filed under:
MASCUP' 11 [Penting]
Sepak Bola Hari Kedua Sudah Bermula
Tajammu' Awwal, 25 Sept, Perlawanan bola sepak MASCUP '11 hari kedua dimulakan dengan pertembungan antara pasukan Selangor dengan pasukan Damanhur. Selangor pada masa ini telah menghasilkan gol dengan kedudukan sekarang 1-0. Nantikan berita-berita menarik selepas ini.
filed under:
MASCUP' 11 [Berita]
Gambar MASCUP '11 Hari Pertama
Gambar-gambar yang menarik akan menyusul selepas ini.
filed under:
MASCUP' 11 [Gambar]
Jadual Perlawanan Bagi Hari Pertama [24 September 2011]
1. Pulau Pinang vs Melaka
2. Pahang vs Damanhur
3. Terengganu vs Shoubra
4. Negeri Sembilan vs Perak
5. Perlis vs Tanta
6. Mansurah vs Sarawak
7. Sabah vs Zaqazig
8. Selangor vs Johor
9. Kelantan vs Pulau Pinang
10. Kedah vs Wilayah Persekutuan
11. Perubatan (I) vs Shoubra
12. Dumyat vs Perubatan (II)
13. Selangor vs Damanhur
filed under:
MASCUP' 11 [Jadual]
Perlawanan Menarik Antara BP PMRAM dan YDP/Pengerusi
Tajammu' Awwal, 24 Sept-Pembukaan MASCUP '11 pada tahun ini telah dimulakan dengan perlawanan pembukaan antara pasukan Badan Pengurus PMRAM dan YDP/Pengerusi awal pagi tadi. Dalam perlawanan yang berlangsung selama 20 minit Badan Pengurus telah menampilkan semangat kesukanan yang tinggi untuk mengasak benteng pertahanan pasukan yang diwakili YDP Bkan serta Pengerusi-pengerusi DPM. Pasukan daripada YDP/Pengerusi juga tidak ketinggalan dalam membuat percubaan yang mencemaskan penjaga gol pasukan Badan Pengurus. Perlawanan telah berakhir dengan kedua-dua pasukan terikat seri 2-2.
Badan Pengurus (2) vs YDP/Pengerusi (2)
(Ibrahim bin Ani) (Mohd Jamaluddin)
(Mohd Solehuddin) (YDP)
(Ibrahim bin Ani) (Mohd Jamaluddin)
(Mohd Solehuddin) (YDP)
filed under:
MASCUP' 11 [Berita]
Perasmian MASCUP '11 oleh Presiden PMRAM
filed under:
MASCUP' 11 [Berita]
Kedah Menjuarai Piala Sumbangsih 2011
Tajammu' Awwal, 24 Sept-Pasukan Kedah telah menjuarai Piala Sumbangsih 2011 melalui sepakan penalti 4-3 selepas terikat 0-0 dalam pelawanan yang berlangsung di Tajammu' Awwal pagi tadi.
filed under:
MASCUP' 11 [Berita]
Majlis Pengundian Kumpulan MASCUP '11
Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh saudara Mohd Solehuddin bin Mohd Safien yang turut hadir bagi memeriahkan lagi malam pengundian kumpulan MASCUP ’11. Diantara ucapannya beliau menyentuh tujuan utama MASCUP ’11 dilakukan iaitu adalah semata-mata untuk menjalinkan ikatan ukhuwah diantara kesemua mahasiswa-mahasiswa Islam di Mesir ini. Sebagai gimik perasmian , saudara Mohd Solehuddin telah berkenan untuk mencabut salah satu undian.
Sebanyak 22 pasukan akan menyertai MASCUP ’11 pada kali ini antaranya Sarawak, Sabah, Negeri Sembilan, Unit Mutazawwijin Iskandariah (UMI) dan dua pasukan dari Sayyidah Zainab.
Klik disini: Keputusan Pengundian Kumpulan
filed under:
MASCUP' 11 [Berita]